#VamosAtilla. Thaya muncul wira AtillaStarGazer FC apabila menjaring gol kemenangan ke atas SPRITO FC dalam aksi Siri Perlawanan Persahabatan 2012 petang ahad, selepas menundukkan kelab dari Liga Serian, SPRITO FC 2-1
Gol pada separuh masa pertama AtillaStarGazer FC menerusi Nano berpunca daripada lorongan Thaya yang pantas disambar Nano. Sekali pun cuba disaingi oleh pemain pertahanan SPRITO FC, namun Nano lebih pantas memanfaatkan peluang terhidang memberikan gol pembukaan pada minit ke-40 untuk menggegarkan Stadium Mini Serian.
SPRITO FC yang diperkuatkan bahagian serangan dan meletak 3 penyerang cuba bangkit mencari gol penyamaan. Penyerang SPRITO FC menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi gerakan cantik sebelum membolosi pemain pertahanan dan menewaskan penjaga gol AtillaStarGazer FC. Kedudukan 1-1 sehingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.
Babak kedua bersambung, Ketika SPRITO FC ghairah mengasak pada lewat permainan memburu kemenangan, Nano sekali lagi tenang mengatasi kekangan benteng lawan sebelum mengumpan pendek untuk disudahkan Thaya buat menjamin GOL kemenangan AtillaStarGazer FC pada minit ke-90 masa kecederaan. VAMOS AtillaStarGazer!
Berikut adalah senarai pemain 1st Eleven AtillaStarGazer FC dengan formasi 4-3-2-1:
Marvin(GK), Kamal(RB), Moll(CB) - Captain, Abu(CB), John(LB), Chombie(CM), Arel(CM), Nano(CM), Thaya(RW), Gipin(ST), Abet(LW)
Pemain simpanan:
Zaiden, Aman, E’en, A’a, & Neymar.
Physio:





No comments:
Post a Comment