About us

“Atilla Football Club”

ATILLA nama pasukan bolasepak, Futsal, dan street-soccer ditubuhkan pada tahun sekitar 1990 dan berasal dari komuniti Batu 12, Jalan Kuching/Serian, Sarawak.

Pasukan ini juga dikenali sebagai;
  1. ATILLA KIDS/JUNIORS (awal 90'an)
  2. RAPERA 12 (sekitar tahun 1993-98)
  3. Atilla Stargazer (2000-2013)
  4. ATILLA (sehingga sekarang)
ATILLA merupakan sebuah kelab amatur & non-profit organisation yang berpangkalan di RPR Bt.12, Jalan Kuching/Serian, Sarawak. ATILLA ditubuhkan pada sekitar tahun 1990. Kelab ini mengambil bahagian dalam pertandingan bolasepak dan futsal sekitar kawasan Kuching, Kota Samarahan, Kota Padawan dan Serian dan ATILLA dan aktif menyertai dalam kejohanan Liga Padawan sehingga sekarang.

Pencapaian dan kejayaan ATILLA sehinnga sekarang:
  1. Juara kejohanan bola sepak bawah 15tahun Piala Datuk Haji Taha Ariffin, 1990
  2. Tempat Ketiga Piala FA Padawan 2014
  3. Naib Juara Liga Super Padawan 2015
  4. Naib Juara Piala Padawan 2015
Antara tujuan dan objektif penubuhan kelab penyokong ATILLA adalah :
  1. Mengadakan perlawanan Persahabatan.
  2. Sebagai platform peminat dan penyokong ATILLA
  3. Penglibatan dalam kejohanan bolasepak Liga Padawan, Knock-out dan Futsal
  4. Menggalakkan generasi baru untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan bolasepak & futsal.
Dengan adanya kelab penyokong ini, diharapkan moral dan prestasi pemain pasukan ATILLA akan lebih menonjol dan jitu kerana mendapat sokongan padu dari ahli kelab penyokong.

VAMOS ATILLA
#KamonAtilla
#VamosAtilla
#SupportTeamKitak