Saturday, February 25, 2012

FORMASI: 4-3-3

FORMASI 4-3-3
Formasi ini menggunakan;
  • Empat (04) pemain DEFENDER (SB, CD, CD & SB)
  • Tiga (03) pemain MIDFIELDER (DM, AM & AM)
  • Tiga (03) pemain ATTACKING (CF, CF & CF)

Formasi 4-3-3 membenarkan lebih ramai pemain beraksi di hadapan sambil mengekalkan barisan tengah yang mampu melindungi pemain pertahanan. Ia sesuai dan biasa digunakan semasa mencari GOL dahulu dan menguasai rentak atau TEMPO permainan sepenuhnya.

Variasi ini mengutamakan bahagian tengah bagi mengawal rentak permainan dan setiap pemain mempunyai peranan bagi menjayakan formasi ini.

1. Posisi bahagian pertahanan DEFENDER; 
  • Goal Keeper (GK) ~ Penjaga Gol mempunyai tanggungjawab yang penting. Peranan GK adalah menjaga gawang dari dibolosi dan GK perlu mempunyai semangat BERANI, TANGKAS, ALERT & FOKUS yang tinggi. Dan juga bertanggungjawab mengawal bahagian pertahanan dari leka. Selain daripada itu, GK menjadi penyelarasan koordinasi posisi pemain. Contoh GK adalah Tim Howard (Everton FC), Iker Casillas (Real Madrid FC), Jose Luis Chilavert (Paraguay), dan Peter Schmeichel (Denmark)  
  • Centre Defend @ Central-Back (CD) ~ Ciri atau bakat yang penting bagi CD adalah kebolehan mengenalpasti kawasan2 bahaya dan mematahkan setiap serangan pasukan lawan. CD perlu mempunyai tahap FOKUS yang tinggi dan KOMITED, MARKING, BERANI, dan AGGRESSION berhadapan pasukan lawan terutama bahagian penyerang. Contoh pemain CB adalah John Terry (Chelsea FC), Rio Ferdinand (Manchester United FC), Paolo Maldini (Italy), dan Fabio Cannavaro (Italy)
  • Side Back @ WingBack (SB) ~ SB perlu mempunyai STAMINA yang tinggi dan RAJIN membantu bahagian penyerang bagi membuat hantaran yang tepat dan menyekat serangan pihak lawan. Contoh SB adalah Philip Lahm (Bayern Munich), Andre Santos (Arsenal FC), Gareth Bale (Tottenham Hotspurs FC) Roberto Carlos (Brazil), dan Gianluca Zambrotta (Italy)

2.  Posisi bahagian tengah MIDFIELDER;
  • Defensive Midfielders (DM) ~ Peranan DM atau holding midfielder adalah mengawal posisi bola di bahagian tengah dan membuat hantaran ke bahagian serangan. Selain itu, DM mempunyai tanggungjawab yang serupa bagi serangan atau pertahanan seperti COVERING POSITION ketika bahagian pertahanan (DEFENDER) atau serangan (ATTACKING)  membuat serangan. Salah seorang DM yang disegani adalah Dunga, Ketua pasukan Brazil -1994 World Cup Winning team.
  • Attacking Midfielder (AM) ~ AM mengawal keseluruhan bahagian tengah padang iaitu kawasan penting bagi menentukan menang atau kalahnya pasukan. AM sentiasa mengutamakan serangan demi serangan. Pemain posisi ini perlu memiliki tahap STAMINA, KREATIF, TECHINICAL ABILITY (close control, passing, shooting & dribbling),  dan FINISHING yang tinggi. Antara pemain yang memegang peranan penting ini adalah Xavi Hernandez (Barcelona FC), Wesley Sneijder (Inter Milan), Zinedine Zidane (France), dan Hidetoshi Nakata (Japan)

3. Posisi bahagian serangan ATTACKING;
  • Center Forward (CF) ~ CF perlu memiliki KEPANTASAN FIZIKAL, MINDA, TANGKAS, BERTENAGA, dan yang penting adalah FINISHING yang tinggi. Pemain seperti ini adalah Leo Messi (Barcelona FC), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Neymar (Santos), Pele (Brazil), Diego Maradona (Argentina) dan lagenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia iaitu SUPERMOKH, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari.

No comments: