Monday, November 5, 2012

FULLTIME! Atilla StarGazer FC Mara Pusingan Kedua Piala SPDP Mambong P.198


ATILLA STARGAZER MARA KE PUSINGAN KEDUA MELALUI PENENTUAN SEPAKAN PENALTI 5-4 KEATAS SIMBOH FC.


#VamosAtilla. Atilla StarGazer melangkah ke pusingan kedua melalui penentuan sepakan penalti 5-4 apabila terikat seri 1-1 menentang SIMBOH FC.

Pada awal perlawanan, SIMBOH FC bermula dengan rentak agresif membuahkan hasil seawal minit ke-10 menerusi penyerangnya melakukan rembatan kencang dari 15 meter akibat kealpaan pertahanan Atilla StarGazer yang gagal membuat cleared.   

Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Atilla StarGazer menggandakan asakan dan memperoleh jaringan penyamaan menerusi penyerangnya, Lister pada minit ke-20 yang mengalahkan penjaga gol SIMBOH FC, E'to yang merupakan bekas penjaga gol Atilla StarGazer. 



Pada babak kedua, Atilla StarGazer mula menukar corak permainan dengan melancarkan serangan bertali arus sekaligus memberi tekanan kepada benteng pertahanan SIMBOH FC. Atilla StarGazer dan SIMBOH FC terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat satu sama sehingga babak masa tambahan. Gagal mencari gol kemenangan keputusan terpaksa dilakukan melalui sepakan penalti dengan aggregat 5-4.

“Saya berpuas hati dengan aksi perlawanan pertama yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya. Kejayaan menjaringkan gol penyamaan dan kemenangan menerusi sepakan penalti adalah disebabkan semangat berpasukan tinggi dikalangan pemain. Ini juga membantu pemain meningkatkan keyakinan untuk terus bermain dengan cemerlang untuk pertandingan seterusnya.” 4 Nov.2012

Untuk rekod, Atilla StarGazer akan menentang pasukan di antara RAH STAR FC, kpg. Quap atau AREZZ UTD FC, Kota Samarahan di pusingan kedua bertempat di Kompleks Sukan Siburan.

No comments: