Thursday, November 22, 2012

FULLTIME! Atilla StarGazer FC terikat 1-1 dengan RAH Star FC



Atilla StarGazer FC (1) vs. RAH Star FC (1)
Padang Bolasepak PUSPEN, Kuching | 18-11-2012

#VamosAtilla. Seri 1-1 ke atas RAH Star FC pada perlawanan persahabatan bagi menghadapi Piala SPDP Mambong P.128 pusingan ke-2 pada 25 November 2012.

Pada babak pertama perlawanan, pasukan RAH Star FC menguji penjaga gol Atilla StarGazer FC, Che'bob menerusi percubaan pemain penyerang RAH Star FC apabila rembatannya melepasi palang gol pada minit ke-15. Pemain penyerang RAH Star FC berjaya melepasi perangkap offside dan menghukum pemain pertahanan Atilla StarGazer FC menjaringkan gol pertama pasukan RAH Star FC pada minit ke-30

Skuad bimbingan Harris Ayub yang mampu untuk menjaringkan gol pada pertemuan tersebut, bagaimanapun gagal dilaksanakan dengan baik sehingga melepaskan banyak peluang. Keputusan kekal sehingga waktu rehat dengan RAH Star FC mendahului Atilla StarGazer FC 1-0.

Bersambung separuh masa kedua, Atilla StarGazer FC yang tersentak dengan jaringan awal RAH Star FC cuba melakukan asakan, namun penguasaan yang didominasi oleh skuad Atilla StarGazer FC nyata tidak berhasil untuk menjaringkan gol. Atilla StarGazer FC mengubah rentak permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu RAH Star FC dan hasilnya, pemain tengah Atilla StarGazer FC, Nano membuka tirai jaringan pada minit ke-59.

Atilla StarGazer FC yang banyak mengasak sepanjang perlawanan dengan melakukan percubaan berbahaya bermain baik tetapi gagal untuk mencipta sebarang gol. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. 

Fakta perlawanan:
  • Kedudukan semasa: Atilla StarGazer FC (1)  vs RAH Star FC (1)
  • Penguasaan bola: Atilla StarGazer FC (52%) & RAH Star FC ( 48%)
  • Tendangan ke arah gawang: Atilla StarGazer FC (12) & RAH Star FC (5)
  • Sepakan penjuru: Atilla StarGazer FC (3) & RAH Star FC (0) 
Barisan pemain Atilla StarGazer FC:

Goalkeeper:
1    Chebob
20  Mabin

Defender:
3    Aman
16  E'en
31  John
25  Gary
6    Baong (Kapten)
17  Pi'pi

Midfield:
8    Nano
21  Kado
4    AriQ
28  Arel
11  Abet
27  Yayak
32  Larry

Forward:
9    Lister
35  Budik
14  Dol Ozil

No comments: