Monday, December 3, 2012

Keratan Akhbar THE BORNEO POST | Piala SPDP Mambong


SPDP Junior tersingkir Piala SPDP Mambong
Posted on November 27, 2012, Tuesday


KUCHING: Pasukan pilihan, SPDP Junior terkeluar daripada saingan bagi kejohanan bola sepak merebut Piala SPDP Mambong setelah tewas di tangan pasukan Croc Comel pada pusingan kedua di Stadium Bola Sepak Siburan, Padawan Ahad lalu.

Terikat jaringan 1-1 setelah tamat masa penuh permainan (90 minit), Croc Comel ternyata bertuah kerana memenangi sepakan penalti dengan jaringan 6-5.

Terdahulu, pada perlawanan yang dilangsungkan Sabtu lalu, pasukan Batu Gong FC mengatasi cabaran Siburan United dengan jaringan 3-1. Manakala Belia Samarahan juga menang 3-1 ke atas Polis Batu Kawa.

Pasukan Pesaka 16 turut melangkah ke pusingan suku akhir setelah mencatat kemenangan mudah ke atas pasukan KSBB dengan 4-0 pada hari yang sama.

Sementara Atilla StarGazer FC juga berjaya melangkah ke suku akhir setelah diberikan kemenangan percuma ekoran pasukan lawan, St Union FC  gagal hadir pada perlawanan bagi kategori terbuka itu.



Dalam kategori veteran pula, pasukan SPDP Veteran meneruskan rentak kemenangan dengan mengalahkan MK FC dengan jaringan 2-0.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh bekas penyerang Sarawak era 80-an, Kolan Bala.

Manakala pasukan SWM pula menewaskan Tamu FC dengan jaringan 4-0 pada perlawanan Ahad lalu untuk mengiringi SPDP Veteran ke pusingan seterusnya.

Sebanyak sepuluh pasukan mengambil bahagian dalam kategori veteran, manakala kategori terbuka disertai oleh 44 pasukan.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/27/spdp-junior-tersingkir-piala-spdp-mambong/#ixzz2E3TOwmQe

No comments: